
Khadījah binti Khuwaylid
Beliau mempunyai darjat yang tinggi kerana beliau merupakan wanita pertama yang beriman dengan Allāh dan Nabi-Nya serta dia juga yang pertama menganut Islām dan banyak membantu dalam perjuangan dakwah baginda dalam menyebarkan Islām.

Sawdah binti Zam'ah
Isteri pertama Baginda ﷺ selepas Khadījah. Kata ‘Āʾishah, “Tidak ada wanita yang aku lebih suka untuk jadi sepertinya daripada Sawdah binti Zam’ah, beliau merupakan seorang yang cerdik dan berjiwa gagah.”